Want your
own Fotopage?








 
Yan Seri Andam FotoPage
Kursus Intensif Andaman Solekan Pengantin & Pelaminan
By: Yan Seri Andam YSA Wedding Consultant Sdn Bhd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jun-2008 15:39 Email | Share | Bookmark
KURSUS INTENSIF ANDAMAN, PELAMIN & DEKORASI PERKAHWINAN JUL 2008

Sempena menyambut bulan JULAI ini,YSA Wedding Consultant Sdn Bhd & YanSeriAndam dengan bangganya menawarkan anda peluang untuk mengikuti satu-satunya Kursus Andaman,Solekan, Pelamin & Dekorasi Perkahwinan yang paling berkualiti daripada satu-satunya pakar andaman yang paling berpengalaman di Malaysia – Pn Mehran Sedit (Kak Yan) dari Yan Seri Andam dan kali ini kami akan mengadakan di SEREMBAN & K.LUMPUR

Kak Yan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri perkahwinan terutamanya dalam bidang andaman dan telah mula mengajar semenjak tahun 1996. Modul dan sukatan pelajarannya yang mantap serta lebih mementingkan kemahiran dunia Andaman sebenar telah membuatkan ramai peserta kursus beliau berjaya dalam perniagaan di serata Malaysia . Di sinilah seluruh pengalaman dan kepakaran beliau dicurahkan sepenuhnya dengan dibantu formula sukatan pembelajaran yang istimewa dan sungguh berkesan. Para peserta kursus akan diajar cara membuat kerja dengan tepat, cepat, sempurna dan bersih. Ini adalah penting bagi melahirkan Juruandam yang baik serta mempunyai hasil kerja yang bermutu.

Berikut merupakan testimoni bekas peserta kursus beliau…


“Cara pembelajarannya amat mudah dan senang difahami. Dan apa yang dipelajari pula lengkap dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki pengantin. Galakkan dan nasihat yang diberikan oleh Kak Yan pula membuatkan minat saya makin bertambah dalam bidang Andaman ini. ”
Elmi Suhaini Binti Anwar
Pandan Jaya
016-259 6561


“Sebelum ini, saya telahpun mengandam serta banyak mengikuti kelas dan kursus di tempat lain. Tetapi setelah saya mengikuti kursus Kak Yan ini, saya terus ubah cara saya mengandam dan terus mempraktikkan cara yang telah dipelajari dari Kak Yan hingga kini. Dan paling best, Kak Yan tidak pernah lokek ilmu walaupun bertanya selepas kursus.”
Pn. Aniza Binti Ayub
Kuala Lumpur
019-383 6997


“Kursus ini bagus dan padat! Sesuai untuk semua golongan, tidak kira tua atau muda. Dari yang tak tahu, boleh confident dan terus berniaga! . Kursus yang sungguh berfaedah dan tidak merugikan!”
Pn. Juita Binti Bakar
Taman Melati
016-243 8310


“I’ll always choose the best. Pada saya, Kak Yan adalah cikgu yang terbaik! She is the best of the best!”
Umi Ramlah
Singapura
+02 6795 1945

“Kursus ini memang bagus! Saya rasa amat beruntung kerana telah menyertainya. Saya berpeluang untuk menambah pengalaman saya.”
Pn. Zuraidah Binti Kunchimon
Sungai Koyan, Pahang.
012 960 4070

“Kak Yan mengajar dengan ikhlas. Cara pengajarannya cepat faham dan cara tunjuk ajarnya senang ingat dan amat berkesan! Saya berpeluang untuk mempelajari bidang Andaman dengan lebih mendalam. Hubungan kami selepas kursus juga amat bagus.”
Pn. Sarimah Binti Awang
Terengganu.
019-9424 378


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!
Tingkatkan kemahiran anda dengan cara yang betul dan praktikal!
Kursus dan bengkel yang ditawarkan:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEREMBAN

1) Kursus Intensif Andaman - 02hb hingga 06hb Ogos 2008 (Jam 18:00 hingga 23:00)

o Kursus Solekan - 02hb Ogos 2008
o Kursus Dandanan Rambut - 03hb Ogos 2008
o Kursus Andaman - 04hb hingga 05hb Ogos 2008

2) Kursus Intensif Pelamin - 02hb hingga 04hb Ogos 2008 (Jam 09:00 hingga 17:00)
& Dekorasi Perkahwinan

o Kursus Pelamin (Moden&Tradisional) - 02hb Ogos 2008
o Kursus Rekaan Hiasan Meja Makan Beradap & Kamar Pengantin- 03hb Ogos 2008
o Kursus Gubahan Bunga,Rekaan Hiasan Tangga & Pintu Gerbang -04hb Ogos2008


* Majlis Penutup & Penyampaian Sijil pada 06hb Ogos 2008

Tempat : Seremban, Negeri Sembilan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Kursus Intensif Andaman - 26hb hingga 28hb Julai 2008 (Jam 18:00 hingga 23:00)

o Kursus Solekan - 26hb Julai 2008
o Kursus Dandanan Rambut - 27hb Julai 2008
o Kursus Andaman - 28hb hingga 29hb Julai 2008


2) Kursus Intensif Pelamin - 26hb hingga 28hb Julai 2008 (Jam 09:00 hingga 17:00)
& Dekorasi Perkahwinan

o Kursus Pelamin (Moden&Tradisional) - 26hb Julai 2008
o Kursus Rekaan Hiasan Meja Makan Beradap & Kamar Pengantin - 27hb Julai 2008
o Kursus Gubahan Bunga,Rekaan Hiasan Tangga & Pintu Gerbang - 28hb Julai 2008[/i]

* Majlis Penutup & Penyampaian Sijil pada 30hb Julai 2008

Tempat : K.L International Hotel, Kuala Lumpur
www.klitel.com.my/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai profil YSA Wedding Consultant Sdn Bhd,sila layari http://www.yanseriandam.com


Untuk sebarang pertanyaan sila email ke
kursusysa@yahoo.com
yanseriandam@yahoo.com

atau

SILA HUBUNGI KAK YAN DI TALIAN
016-3589979





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net